Jumaat, 29 April 2016


~Bismillahirrahmannirrahim~

Ya Allah, 
Di hari Jumaat yang mulia ini,
ampunilah dosa~dosaku,
dosa kedua ibubapaku,
seluruh ahli keluargaku,
saudaraku,
sahabatku.
Tunjukkanlah kami jalan yang benar.
Berkatilah kehidupan kami di dunia dan akhirat.

AamiiN.




Khamis, 28 April 2016

Yang dicinta akan pergi,
Yang didamba akan hilang,
Sedangkan hidup terus berjalan,
Meskipun penuh dengan tangisan.

~~~

Jangan diturutkan duka,
kerana duka yang digenggam,
akan membuatkan kita lupakan Tuhan.

~~~

Tahu tak...
Mengapa Allah sembunyikan matahari...?
Sebabnya Allah nak berikan kita pelangi.


Jika sakit itu membuat kita ingat pada Allah,
itulah nikmatNya.

~~~

Jika kebahagiaan itu membuat kita lupakan Allah,
itulah musibah yang sebenar.

~~~

Menjadi pesakit
tidaklah perit
Menjadi pesakit
dosa dikurangkan sikit



Sedarlah wahai hati yang resah...

DIA sentiasa ada,
Di kala berduka,
Bacalah kalam wahyuNya,
Nescaya akan merasa,
Seolah~olah DIA sedang berbicara.

MasyaAllah ketika itu,
tangisan pasti akan menjadi lagu,
kerana tahu,
DIA dekat di sisi selalu.

Sedarlah wahai hati yang resah...

Selalu ada harapan
bagi yang selalu berdoa.

Selalu ada jalan
bagi yang selalu berusaha.

InsyaAllah~

Rabu, 27 April 2016

Masih ramai pesakit yang telah disahkan menghidapi penyakit Gallstones (Batu Karang Hempedu) menangguhkan pembedahan yang disyorkan.

Penangguhan boleh menyebabkan :
1) Sakit perut terutama selepas makan. Ini adalah kerana batu tersangkut di leher hempedu (no.1 dalam gambarajah) dan menyebabkan tekanan yang tinggi pada dinding hempedu.

2) Mata Kuning (Jaundice). Batu dari hempedu telah jatuh ke dalam Saluran Hempedu(no 2 dalam gambarajah) dan menghentikan pengairan enzim dari hati.

Ini yang menimpa saya dan doktor menasihatkan bahawa,
rawatan segera dengan pembedahan adalah satu2nya jalan penyelesaian. Rawatan alternatif dengan cara memakan herba atau ubat2an tidak berkesan pada tahap ini. Ia hanya melambatkan rawatan pembedahan dan boleh meletakkan pesakit dalam bahaya.

Syukur ALHAMDULILLAH, pembedahan telah selamat dijalankan pada 29 Mac 2016. 
Terima kasih buat Dr. Hamid Mat Sain~


Rabu, 13 Januari 2016

~CARA MENJAWAB SALAM YANG DIKIRIM MELALUI ORANG TENGAH~


"Mat kirim salam." 
Yang biasa dijawab adalah
"WA'ALAIKUMUSSALAM".


Jawapan yang betul adalah :
"Wa'alaika wa'alaihissalam"

Sebab apa? Mat suruh Abu kirim salam kat Ma'il. 
Ma'il jawab "Wa'alaikumussalam"
Sedangkan,
"Wa'alaikumussalam" bermaksud "Selamat sejahtera ke atas KAMU"

Jadi salam Mat kepada Ma'il tak terjawab bukan? Kerana Ma'il doakan salam tu kepada ABU SEDANGKAN ABU ADALAH ORANG TENGAH.

Manakala 
" Wa'alaika wa'alaihissalam " bermaksud " Dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera "

Maka salamnya terjawab. 

Indahnya Islam.

Selasa, 12 Januari 2016

APA YANG MENYESAKKAN DADA DAN FIKIRAN?

1) Kemaksiatan
2) Kebencian
3) Kemarahan
4) Kedengkian

Mahu jadi yang terbaik?
Mulakan dengan yang baik~baik.
Berfikir dan bersangka yang baik~baik.
Buat yang baik~baik.

Bercakap yang baik~baik.


~KELEBIHAN BERJALAN KAKI~



~KHASIAT HABBATUS SAUDDA~

Khasiat habbatus saudda untuk kesihatan memang banyak. Rasulullah pun pernah menyebut ia menjadi ubat bagi segala penyakit melainkan maut. Ia juga membantu merawat kanser khususnya kanser usus, payudara (breast) dan pankreas. Malah ada yang mengatakan ia lebih berkesan dari chemo.

Cara makan saperti berikut (habbatus saudda dalam bentuk minyak) :
1. Satu sudu teh minyak habbatus sauda, satu sudu teh madu lebah dan juz buah2 fresh segelas. Minum setengah jam sebelum sarapan.
2. Ulang yang sama petang jam 2-3 pm
3. Ulang yang sama sebelum tidur.



Mereka yang telah dibedah buang tumbuhan kanser mereka, cuba amalkan disamping meningkatkan mutu pemakanan kepada yang lebih berkhasiat. Lebihkan buah2 dan sayur2, serta makan multivitamin2 , vitamin C dan E.

{Artikel oleh Dr. Hamid Arshad}

Rabu, 25 November 2015

Kisah pertengahan tahun 2015. 
Cuti sekolah masa ni.

Rilek~rilek di sini.













Selamat Tinggal Lexis Hibiscus Port Dickson!