Khamis, 7 September 2017

Ketika Allah menciptakan wanita,
Malaikat datang dan bertanya, 

"Mengapa begitu lama, ya Allah...?"


Allah menjawab, 
"Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti dibersihkan, 
setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh digerakan,
dan berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan.

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya.
Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan.
Dan semuanya cukup dilakukan dengan kedua tangan ini.
Malaikat menjawab, 
"Hanya dengan dua tangan ini...?"
"Tetapi,Engkau membuatnya begitu halus & lembut."

"Ya, AKU membuatnya begitu lembut, 
tapi kamu belum dapat membayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa."

"Apakah dia mampu berfikir?", tanya Malaikat.
Allah menjawab, 
"Tidak hanya berfikir, 
dia juga mampu berunding 
dan mengutarakan pendapatnya."

Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Ya Allah, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, 
seolah banyak sekali beban untuknya."

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. 
AKU berikan kepadanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, kecintaan, kesepian, penderitaan dan rasa bangga."

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaanMu ini sungguh menakjubkan!"
"Ya, harus...!!! 
Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki.

Dia dapat mengatasi beban hidup, 
mampu menyimpan kebahagiaan, 
dan pendapatnya sendiri.

Mampu tersenyum 
bahkan ketika hatinya menjerit.

Mampu tertawa 
saat hatinya menangis.

Dia boleh berkorban demi orang yang dikasihinya.
Dia boleh melawan ketidakadilan.
Dia bersorak di saat melihat temannya bahagia.
Hatinya terluka saat melihat kesedihan.
Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka.
"CINTANYA TANPA SYARAT"
Malaikat sangat kagum, 
"Lalu apa kekurangannya?"

Allah menjawab, 
"Hanya satu hal, Dia terkadang lupa betapa berharganya dia."










~Berdakwah Kerana Allah~
Pen dicipta untuk menulis. 
Selagi mana digunakan untuk menulis, 
insyaAllah pen akan berada di dalam keadaan yang baik. 
Mengapa? 
Ini kerana pen memang dicipta untuk menulis.
Sebaliknya, 
kalau pen digunakan untuk mencucuk, dibaling atau mengetuk
sudah tentu pen tersebut akan rosak. 
Kenapa yer? 
Sebabnya pen bukan dicipta untuk itu.
Maka begitu jugalah manusia. 
Manusia akan 'rosak' 
sekiranya tidak melaksanakan tujuan hidupnya 
sepertimana yang ditentukan oleh Penciptanya (Allah swt).











~Pahrol Mohamad Juoi~
Seorang Muslimah itu...

Yang lembut itu fitrah tercipta, 
halus kulit manis tuturnya, 
lentur hati tulus wajahnya, 
setulus rasa membisik di jiwa, 
di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya.



Seorang Muslimah itu...
Hatinya penuh manja, 
penuh cinta, 
sayang semuanya, 
cinta untuk diberi untuk dirasa,
namun manjanya bukan untuk semua, 
bukan lemah atau kelemahan dunia,
dia boleh kuat, boleh menjadi tabah, boleh ampuh menyokong pahlawan-pahlawan dunia,
begitu unik tercipta.


Seorang Muslimah itu...
Teman yang setia, 
buat Adam dialah Hawa, 
tetap di sini dari indahnya jannah hatta ke medan dunia, 
hingga kembali mengecap nikmatNya.


Seorang Muslimah itu...
Boleh seteguh Khadijah, 
yang suci hatinya dan tabah,
tenang sikapnya, bijaksana, menyimpan i­lmu, si teman bicara, dialah Ãishah, penyeri taman Rasulullah, 
dialah Hafsah, 
penyimpan mashaf pertama kalamullah.


Seorang Muslimah itu...
Boleh setabah Maryam, 
meski dicaci meski dikeji, 
itu hanya cercaan manusia, namun sucinya ALLah memuji,
seperti Fatimah kudusnya, 
meniti hidup seadanya, 
puteri Rasulullah kesayangan ayahanda, 
suaminya si panglima agama, 
di belakangnya dialah pelita, 
cahaya penerang segenap rumahnya, 
ummi tersayang cucunda Baginda.


Seorang Muslimah itu...
Perlu ada yang membela, 
agar mereka terdidik jiwa, 
agar mereka terpelihara, 
dengan mengenali Rabbnya, 
dengan cinta Rasulnya,
dengan yakin Deennya, 
dengan teguh aqidahnya, 
dengan utuh cinta yang terutama, 
Allah jua RasulNya, 
dalam ketaatan penuh setia,
pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya.


Seorang Muslimah itu...
Melenturnya perlu kasih sayang, 
membentuknya perlu kebijaksanaan, 
kesabaran dan kemaafan, 
keyakinan dan penghargaan, 
tanpa jemu dan tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan.


Seorang Muslimah itu...
Yang hidup di alaf ini, 
gadis akhir zaman, 
era hidup perlu berdikari.


Dirinya terancam dek fitnah, 
sucinya perlu tabah, 
cintanya tak boleh berubah, 
tak boleh terpadam dek helah,

dek keliru fikir jiwanya, 
kerana dihambur ucapkata nista, 
hanya kerana dunia memperdaya,
kerana seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, 
dari lemah dan kalah dalam pertarungan yang lama,
dari rebah dan salah dalam perjalanan mengenali Tuhannya, 
dalam perjuangan menggapai cinta, 
nikmat hakiki seorang hamba, 
dari Tuhan yang menciptakan, 
dari Tuhan yang mengurniakan seorang gadis itu anugerah istimewa kepada dunia!











~Catatan ini milik Khaleel-el-Wafy~