Jumaat, 3 November 2017


Sehelai kertas dan tisu
lembut ditangan terasa
satu persatu kusua
namun sang bayu menerbangkannya
kukejar dan berjaya kugenggam semula


Kertas dan tisu 
Pada kertas terluah segala biar ia hanya membisu
Pada tisu pula segala diadu kerana ia lembut memahami hatiku


Kertas dan tisu
Kalian berbeza namun sering bersatu
Punyai kelebihan dan kekurangan yang menyempurnakan kemahuanku
Terima kasih wahai kertas dan tisu.






Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas itu dari hati
Yang tulus pula dari sanubari


Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian
Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada
Kerana walaupun tergenggam ia kan bisa terlepas jua


Selalu ingat pada pepatah :
“Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, 
maka sukailah apa yang kamu miliki"


~Wallahuallam~