Perempuan biarlah...
...cantik kerana menutup aurat,
...menawan kerana sopan,
...comel kerana senyuman,
...memikat kerana iman.
Kitalah perempuan.
Syukurlah kita diciptakan dengan penuh keindahan.
Namun,
betapa pun kecantikan itu dipelihara,
ianya tetap ditelan usia,
dimamah masa.
Mari kekalkan sifat keperempuanan
dengan memupuknya bersama ibadah dan iman.
MENJAGA MATA
tundukkan pandangan
MENJAGA BIBIR
bicaranya penuh kejujuran
MENJAGA PIPI
merahkan dengan rasa malu
MENJAGA RAMBUT
litupkan dengan tudung
MENJAGA TANGAN
hiaskan dengan gelang tawaduk
MENJAGA JARI
sarungkan cincin ukhuwah
MENJAGA KULIT MUKA
lembabkan dengan wuduk
~Rupa cantik, akhlak baik : bertuah... aLHamDuLiLLah~