Khamis, 28 April 2016

Yang dicinta akan pergi,
Yang didamba akan hilang,
Sedangkan hidup terus berjalan,
Meskipun penuh dengan tangisan.

~~~

Jangan diturutkan duka,
kerana duka yang digenggam,
akan membuatkan kita lupakan Tuhan.

~~~

Tahu tak...
Mengapa Allah sembunyikan matahari...?
Sebabnya Allah nak berikan kita pelangi.


Jika sakit itu membuat kita ingat pada Allah,
itulah nikmatNya.

~~~

Jika kebahagiaan itu membuat kita lupakan Allah,
itulah musibah yang sebenar.

~~~

Menjadi pesakit
tidaklah perit
Menjadi pesakit
dosa dikurangkan sikit



Sedarlah wahai hati yang resah...

DIA sentiasa ada,
Di kala berduka,
Bacalah kalam wahyuNya,
Nescaya akan merasa,
Seolah~olah DIA sedang berbicara.

MasyaAllah ketika itu,
tangisan pasti akan menjadi lagu,
kerana tahu,
DIA dekat di sisi selalu.

Sedarlah wahai hati yang resah...

Selalu ada harapan
bagi yang selalu berdoa.

Selalu ada jalan
bagi yang selalu berusaha.

InsyaAllah~