Rabu, 23 Ogos 2017

Masihkah
awak
dengan 
rindu 
saya?

...

Saratkah 
lagi 
hati 
awak
dengan
cinta
saya?

...

Kisah cinta!
Adakalanya
ditebus
dengan
dukalara
dan
adakalanya
menuai
senyum
ceria.






~BAHAGIA~


Bahagia itu
ada di jiwa

Mahkotanya
di singgahsana rasa

Bahagia itu
adalah suatu ketenangan

Bila sukar
tiada kegelisahan

Biar miskin
tetap bersyukur kepada Tuhan

InsyaAllah
di situlah akan terbitnya 
BAHAGIA 



...rS~









Salam pagi
salam mewangi

...

Salam indah
hati jangan gundah

...

Salam istimewa
apa khabarmu di sana

...

Salam rindu
aku di sini setia menunggu










Khamis, 17 Ogos 2017

Bismillahirrahmanirrahim


Awak,
Saya call awak tapi tak dapat.


Boleh tolong saya tak?
Saya tersesat di persimpangan jalan
ketika menuju ke hati awak.
Tolong tunjukkan saya jalan pulang.
Boleh,kan?


Saya tunggu yer.
Saya berdiri di sini memegang sebakul rindu di tangan kanan
juga seraga sepi di tangan kiri.





Khamis, 10 Ogos 2017


Mengapa dihitung AIR MATA
mengalirnya tanpa suara
namun bagai berbicara
tentang kisah duka


Nampak ketara
pada jiwa yang luka
pedih berbisa
menahan siksa


Perih berganda
bila tangisan ada
tanpa air mata
sangat sakitnya!