Masih ramai pesakit yang telah disahkan menghidapi penyakit Gallstones (Batu Karang Hempedu) menangguhkan pembedahan yang disyorkan.
Penangguhan boleh menyebabkan :
1) Sakit perut terutama selepas makan. Ini adalah kerana batu tersangkut di leher hempedu (no.1 dalam gambarajah) dan menyebabkan tekanan yang tinggi pada dinding hempedu.
2) Mata Kuning (Jaundice). Batu dari hempedu telah jatuh ke dalam Saluran Hempedu(no 2 dalam gambarajah) dan menghentikan pengairan enzim dari hati.
Ini yang menimpa saya dan doktor menasihatkan bahawa,
rawatan segera dengan pembedahan adalah satu2nya jalan penyelesaian. Rawatan alternatif dengan cara memakan herba atau ubat2an tidak berkesan pada tahap ini. Ia hanya melambatkan rawatan pembedahan dan boleh meletakkan pesakit dalam bahaya.
Syukur ALHAMDULILLAH, pembedahan telah selamat dijalankan pada 29 Mac 2016.
Terima kasih buat Dr. Hamid Mat Sain~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan