Khamis, 28 Disember 2017

Saban kali kita bila gagal memujuk diri,
ketika marah sedang menguasai.


Kita marah apabila segala yang diingini,
tidak menjadi.


Kita merajuk,
apabila ada yang melakukan tidak mengikut telunjuk.


Kita kecewa apabila yang diimpi,
hanya menjadi fantasi.


Ada ketika pula kita marah sesama manusia, 
sehingga tidak bertegur sapa.
Ada juga yang sampai terputus ikatan antara keluarga.


Sebenarnya, sedarkah kita... 
marah kita pada manusia 
hakikatnya marahkan kepada Allah yang menentukan segala kejadian.








Tiada ulasan: