Selasa, 5 Disember 2017



~THE MAJESTIC HOTEL MELAKA~




























Sebahagian sejarah Melaka.
Hotel Majestic mempunyai seni ukiran yang menarik.
Saat mendiaminya seakan kembali ke tahun 1920an.

Bertepatan pula dengan kedudukannya 
yang menghadap Sungai Melaka.
Juga setentang dengan Kampung Morten.

Mempunyai pemandangan yang sangat menarik.
Hotel Majestic Melaka memang terbaik !








Andai rasa sedih,
pandanglah langit, 
ingatlah Allah masih ada..


Andai rasa resah, 
renunglah dasar hati, 
yakinlah Allah mencipta hati..


Andai rasa putus asa, 
lihatlah sungai yang tetap mengalir 
walaupun dihalang bebatu keras..


Andai rasa kecewa,
lihatlah hakikat alam semesta, 
percayalah Allah maha berkuasa..


Andai rasa tersisih, 
lihatlah purnama dimalam sepi, 
yakinlah Allah takkan biarkan kita sendiri..


Kalau semuanya tak pasti, 
serahkan pada Maha Mengetahui 
yang tersirat dan tersurat pasti ditemui






SaaT HaTi BerBiSiK
KuLiHat Ke HuJunG TaSiK
aDa DeDauNaN LuRuH BerGuGuRan GeMeRSik
KuPiJaK PeRLaHan Di BaWaHnYa aDa CenGKeRiK



AiR TaSiK YanG TeNanG
KuBaLinG BaTu BerJaTuHan Ke DaLaM
BaYanG YanG TaDi KeLiHaTan
AkHirNYa MenGHiLanG



Di SiNi KaSiH BeRSeMi
Di SiNi TerUKirnYa JanJi
NaMun YanG DiRanCanG TiDak MenJaDi
KuTeRiMa SeGaLa KeTenTuaN ILaHi



LanGKaH KuaTuR TeRSuSuN RaPi
KuLePasKan DiRiMu MenJauH PeRGi
PaDa DiRiKu UsaH KaU RaGuI
KeKuaTan MaSiH TeRGenGGam DiJari







Isnin, 27 November 2017

Andai kita TIDAK PANDAI menulis dengan jari, 
maka kita DAYAKAN menulis dengan HATI. 

Andai kita tidak pandai berbahasa sastera , 
cuba pula kita BERUSAHA berbahasa TAKWA.

Menulis itu bukan semestinya hanya untuk mengkayakan bahasa, 
tetapi MENULIS juga untuk melakar IMAN di dalam jiwa.

Biarlah TIDAK HEBAT menulis
yang penting setiap ILMU yang ingin disampaikan terus ditulis. 
Menulislah sesuatu yang PERLU
jangan kita menulis mengikut mahu.

"Sesungguhnya secangkir pena itu amat BERERTI kepada yang memerlukannya."






Khamis, 23 November 2017

 ~Kenangan menjejak Hatten Hotel Melaka~

































Selamat Tinggal.
Ada umur datang lagi.
InsyaAllah~















Rabu, 22 November 2017

~SABAR PUN ILMU~

Tingkatnya tinggi,

belajarnya setiap hari,
latihannya di dalam diri,
ujiannya bila-bila diuji,
sekolahnya tak pernah berhenti.








Semalam ada keping~keping rindu berterbangan
Memang tak terpandang
Namun dirasai di dalam keresahan



Semalam ada butir~butir kesepian terdampar kemas di jalanan
Memang tak terkelihatan
Namun dirasai di dalam kegelisahan



Semalam ada gugus~gugus kasih singgah di halaman
Memang tiada pelawaan
Namun dirasai di dalam ingatan



Semalam ada jejak~jejak sayang yang terlukis di awanan
Memang aku tersenyum memandang
Namun kusedar itu hanyalah sekadar lamunan



Rindu..Sepi..Kasih..Sayang 
Lukisan Alam Yang Mewarnai Kehidupan



Selasa, 21 November 2017




































Wahai kaum Hawa
katanya kita hanya
para pendosa yang
terbanyak di neraka



Lantas walau tak setabah
para mujahidah
namun tabahlah pada
ketetapan Allah


Walau tak semulia para
wanita sirah
tapi muliakan diri dengan
agama yang memelihara


Walau tak sesabar para
wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada
nafsu dunia yang menyeksa







Khamis, 16 November 2017

Kata bintang : 
Aku malu pada bulan. 
Bila mentari hilang, 
dia muncul beri sinaran.



Kata bulan : 
Aku malu pada bintang-bintang. 
Walau terlalu jauh tetap bersinar, 
beri panduan orang yang sesat di lautan.



Kata manusia : 
Aku malu pada PENCIPTA BULAN dan BINTANG. 
Walau seberapa banyak cahaya DIA berikan, 
aku tetap sesat hilang arah tujuan.