Khamis, 16 November 2017

Kata bintang : 
Aku malu pada bulan. 
Bila mentari hilang, 
dia muncul beri sinaran.



Kata bulan : 
Aku malu pada bintang-bintang. 
Walau terlalu jauh tetap bersinar, 
beri panduan orang yang sesat di lautan.



Kata manusia : 
Aku malu pada PENCIPTA BULAN dan BINTANG. 
Walau seberapa banyak cahaya DIA berikan, 
aku tetap sesat hilang arah tujuan.



Muslimah sejati bagaikan bunga
harum di taman mekar di jambangan
Muslimah sejati bagaikan serikandi
yang menjadi keagungan cinta sang suami


Menjadi benteng lambang ketabahan
Meruntuh ego kemungkaran
Lantas dihirup kesegaran iman
Yang menjadi damba setiap insan





Jumaat, 3 November 2017


Sehelai kertas dan tisu
lembut ditangan terasa
satu persatu kusua
namun sang bayu menerbangkannya
kukejar dan berjaya kugenggam semula


Kertas dan tisu 
Pada kertas terluah segala biar ia hanya membisu
Pada tisu pula segala diadu kerana ia lembut memahami hatiku


Kertas dan tisu
Kalian berbeza namun sering bersatu
Punyai kelebihan dan kekurangan yang menyempurnakan kemahuanku
Terima kasih wahai kertas dan tisu.






Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas itu dari hati
Yang tulus pula dari sanubari


Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian
Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada
Kerana walaupun tergenggam ia kan bisa terlepas jua


Selalu ingat pada pepatah :
“Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, 
maka sukailah apa yang kamu miliki"


~Wallahuallam~



Ahad, 29 Oktober 2017


Semalam yang kutinggalkan

redup dengan kenangan
rumput kisah kita tumbuh panjang
dedalu rindu menjadi hiasan
lalang kasih menyentuh perasaan
tinggallah...
pergilah...
hilanglah...
HARI YANG BERNAMA SEMALAM










Selasa, 24 Oktober 2017


Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN,
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN,
Maruah diri dipagari dengan KESOPANAN,
Dialah puteri indah RUPAWAN.


Tika gadis lain sibuk menghias diri,
Dia hias NUR ILAHI pada WAJAHnya,
Tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,
Dia selesa dengan bersama CintaNYA.

Tika gadis lain sibuk bermadah pujangga,
Dia TEKUN dengan BAIT kata TUHANnya,
Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA,
Dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba.

Gadis itu seperti MAWAR BERDURI,
Indah di pandangan namun sukar DIPEGANG,
Mulianya kerana KETAQWAAN,
Cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA,

Kerana itulah dikatakan dia…GADIS IDAMAN,
Moga sahabatlah gadis yang dirindui SYURGA.













Ada HATI yang diuji.
Didatangi & ditaburi harapan serta janji
Akhirnya ditinggalkan & dibiar sendiri.


Yang tinggal hanya serpihan harapan yang tak bisa bercantum lagi. 
Yang berbekas, HATI nan luka bak torehan belati.


Mengapa menebar harapan, kalau untuk didustai. 
Mengapa menabur janji, kalau untuk dimungkiri.


Jangan pernah berlaku durjana pada dia sang HATI, 
kelak dia sang HATImu bakal menyumpah jasad sendiri.










Isnin, 9 Oktober 2017

Biar sejuk mata memandang
asal hati tidak membahang

Biar cantik akhlak dipampang
asal tidak seksi menyarung pakaian

Biar rupa tidak dihairan
asal cantik hati menjadi ikutan


Biar semua tak mahu memandang
asal orang tidak terangsang


Takut tergolong dalam neraka jahanam
biarlah apa orang nak bilang
asal tahu meletakkan diri di mata Tuhan.








Bila di rumah ada CINTA, 

ayah bekerja penuh daya 




Bila di rumah ada CINTA, 
bonda lelah tidak terasa 




Bila di rumah ada CINTA, 
anak membesar cerdas~ceria 




Bila di rumah ada CINTA, 
bahagia bukan sekadar kata~kata 




Bila melimpah CINTA, 
rumah kita bagaikan syurga.














Selasa, 19 September 2017

Sebelum kuterjatuh
KAUlah pengukuh


Sebelum kukesakitan
KAU yang memberi rawatan


Sebelum kurebah
KAU hulurkan sandaran


Sebelum kumerintih 
sedihku KAU alih


Sebelum kutertanya
KAU dah menjawab segala


Sebelum kuterlupa
KAUlah pengingatnya


Sebelum kumerajuk
kalamMU memujuk


Sebelum kurugi
KAU berikan jalan untungnya


Sebelum kupergi
KAU beriku peluang banyak kali

agar hidayah yang KAU beri akan menyedarkan diri ini
agar kekurangan diri ditambah dengan amalan kepadaMU Ilahi.


...rS~