Khamis, 10 Ogos 2017



Mengapa dihitung AIR MATA
mengalirnya tanpa suara
namun bagai berbicara
tentang kisah duka


Nampak ketara
pada jiwa yang luka
pedih berbisa
menahan siksa


Perih berganda
bila tangisan ada
tanpa air mata
sangat sakitnya!












Isnin, 17 Julai 2017


Senyum itu penawar.
Senyum itu 'berkuasa' besar.

Senyum membantu mengubati.
Bukan fantasi
tetapi realiti.


Khamis, 2 Mac 2017

Ukirkanlah senyuman yang paling manis.

...

Selain sedekah,
senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati.

...

Ianya tidak menyakitkan
malah menjadi penawar kepada hati yang sakit.







"SenYum"





Khamis, 17 November 2016

Yang singkat itu waktu.
Yang menipu itu dunia.
Yang besar itu hawa nafsu.
Yang mudah itu berbuat dosa.

Yang dekat itu kematian.
Yang berat itu amanah.
Yang sulit itu ikhlas.
Yang susah itu sabar.

Yang sering terlupa itu bersyukur.
Yang membakar amal itu mengumpat.
Yang mendorong ke neraka itu lidah.
Yang berharga itu iman.
Yang mententeramkan itu berzikir.

Yang ditunggu Allah itu TAUBAT.





~ Imam Al Ghazali ~






Rabu, 26 Oktober 2016

Hidup untuk

PERHATIAN MANUSIA;

kita akan derita.

~~~
~

Berbahagialah

kita hidup dalam

PERHATIAN ALLAH.

~~~
~

Hidup untuk DIA;

bukan sidia.





aiman banna






Rabu, 3 Ogos 2016

Sesekali kenangan menyapa diri
Terasa bagaikan semalam ia baru pergi
Aku pula masih terpaku sendiri

Menahan sendu 
yang menikan di kalbu
Terpaku.

Engkau pula
terus mara
tanpa menoleh meninggalkan pesan apa~apa.

Kenangan
ia tetap tersimpan
tak mampu kubuang
tak dapat kupadam
Bungkam.





Pena : Riza Saffiya