Isnin, 20 Jun 2016

Setiap yang hadir bukan sia~sia
Setiap yang pergi pula tersembunyi hikmahnya

...

Walau sedalam manapun luka yang ditinggalkan
pasti itulah yang terbaik

...

Setiap inci yang terjadi
itulah rencana Allah 

...

Rencananya yang tanpa cela
namun saat mengalirnya air mata
jangan biarkan bibir merungut tanda tak redha.


~DOA~

Doa bukan untuk mengubah keadaan
tapi untuk mengubah pandangan;

Doa bukan untuk mengulang waktu
tapi untuk membuat kesempatan itu kembali;

Doa bukan memperbaiki hati yang hancur
tapi doa adalah sumber kekuatan dan penenang jiwa;

Berdoalah kerana Allah tidak pernah jemu mendengarnya.
Tidak ada yang dapat menolak takdir
kecuali DOA.




Isnin, 6 Jun 2016

Ramadan...

Ramadan bukan bulan juadah
Perut kenyang menganggu ibadah
Titipkan zikir di lidah
Agar puasa mendapat faedah
Bila berbuka simple~simple sudah
Dilayan nafsu dapatnya padah
Yang banyak terjual buat jer tak endah
Taklah sibuk bazar Ramadan digeledah

Ramadan...

Bulan penuh kerahmatan
Bulan penuh ketenangan
Bulan penuh keampunan


~SALAM RAMADAN~









Isnin, 23 Mei 2016

Aku bimbang aku nampak mulia
di hadapan manusia
Tapi sebenarnya akulah yang paling hina
bila di hadapan Yang Maha Esa

...

Ingatkan aku ketika aku lupa
Sedarkan aku ketika aku leka
Aku hanya hamba
Penuh noda dan dosa

...

Mungkin permulaannya hina
Tiada berguna
Tapi siapa tahu pengakhirannya mungkin cukup istimewa
Kerana DIA yang berkuasa penentu segala















Rabu, 18 Mei 2016

Perempuan biarlah...

...cantik kerana menutup aurat,
...menawan kerana sopan,
...comel kerana senyuman,
...memikat kerana iman.

Kitalah perempuan.
Syukurlah kita diciptakan dengan penuh keindahan.

Namun,
betapa pun kecantikan itu dipelihara,
ianya tetap ditelan usia,
dimamah masa.

Mari kekalkan sifat keperempuanan 
dengan memupuknya bersama ibadah dan iman.

MENJAGA MATA
tundukkan pandangan

MENJAGA BIBIR
bicaranya penuh kejujuran

MENJAGA PIPI
merahkan dengan rasa malu

MENJAGA RAMBUT
litupkan dengan tudung

MENJAGA TANGAN 
hiaskan dengan gelang tawaduk

MENJAGA JARI
sarungkan cincin ukhuwah

MENJAGA KULIT MUKA
lembabkan dengan wuduk

~Rupa cantik, akhlak baik : bertuah... aLHamDuLiLLah~






Selasa, 17 Mei 2016

KURANGKAN manis dalam minuman

takpe tambahkan manis dalam senyuman.









Isnin, 16 Mei 2016

Wahai cikgu,
menggunung jasamu,
tak terbalas oleh kami,
segala sumbangan dan bakti.


...


Wahai cikgu,
jasamu kami kenang selalu,
amat terhutang budi,
dibawa hingga ke mati.


...

Cikgu,
seperti pelita menerangi kegelapan
laksana embun penyejuk dalam kehausan

engkau patriot pahlawan bangsa
tanpa tanda kamu tetap berjasa!


...


SELAMAT HARI GURU
16 Mei 2016
"Guru Pembina Negara Bangsa"