Hati yang bersih menjadi raja ~ Fikiran yang jernih menjadi bendahara ~ Nafsu yang terdidik menjadi hamba sahaya
Rabu, 26 Oktober 2016
Rabu, 3 Ogos 2016
Sesekali kenangan menyapa diri
Terasa bagaikan semalam ia baru pergi
Aku pula masih terpaku sendiri
Menahan sendu
yang menikan di kalbu
Terpaku.
Engkau pula
terus mara
tanpa menoleh meninggalkan pesan apa~apa.
Kenangan
ia tetap tersimpan
tak mampu kubuang
tak dapat kupadam
Bungkam.
Pena : Riza Saffiya
Isnin, 1 Ogos 2016
Bismillahirrahmannirrahim
As Salam
Syukur, hari~hari yang dilalui begitu indah.
Perjalanannya lancar.
Liku~likunya mampu diatasi dengan tabah.
Siapa yang berikan semua tu...?
DIA. Yang Maha Esa.
Yang merangka segala cerita.
Cerita suka.
Cerita duka.
Cerita bahagia.
Cerita derita.
Syukur atas semua.
Kita siapa mahukan segala yang sempurna.
Tidak mahu merasa luka selepas jatuh tersadung oleh duri ujianNya.
Kita hanya mahu jalan yang kita lalui bersih rata.
Bukankah hanya hambar yang akan kita rasa.
Tiada pengajaran daripadanya.
Tiada kesimpulan yang meninggalkan kesan dalam jiwa.
Ya Allah,
HambaMu berterima kasih kepadaMu.
Segala kurniaMu membuatkan aku merasa betapa kerdilnya diriku.
Aku pendosa.
Engkau masih beri masa.
Beri peluang yang ada.
Agar aku memperbaiki diriku semula.
Atas nafas dan udara yang percuma,
aku berusaha,
menetapkan perjalananku di atas landasan yang Engkau redha.
Wassalam.
Selasa, 12 Julai 2016
Isnin, 27 Jun 2016
Selasa, 21 Jun 2016
Langgan:
Catatan (Atom)






































