Isnin, 27 November 2017

Andai kita TIDAK PANDAI menulis dengan jari, 
maka kita DAYAKAN menulis dengan HATI. 

Andai kita tidak pandai berbahasa sastera , 
cuba pula kita BERUSAHA berbahasa TAKWA.

Menulis itu bukan semestinya hanya untuk mengkayakan bahasa, 
tetapi MENULIS juga untuk melakar IMAN di dalam jiwa.

Biarlah TIDAK HEBAT menulis
yang penting setiap ILMU yang ingin disampaikan terus ditulis. 
Menulislah sesuatu yang PERLU
jangan kita menulis mengikut mahu.

"Sesungguhnya secangkir pena itu amat BERERTI kepada yang memerlukannya."






Khamis, 23 November 2017

 ~Kenangan menjejak Hatten Hotel Melaka~

































Selamat Tinggal.
Ada umur datang lagi.
InsyaAllah~















Rabu, 22 November 2017

~SABAR PUN ILMU~

Tingkatnya tinggi,

belajarnya setiap hari,
latihannya di dalam diri,
ujiannya bila-bila diuji,
sekolahnya tak pernah berhenti.








Semalam ada keping~keping rindu berterbangan
Memang tak terpandang
Namun dirasai di dalam keresahan



Semalam ada butir~butir kesepian terdampar kemas di jalanan
Memang tak terkelihatan
Namun dirasai di dalam kegelisahan



Semalam ada gugus~gugus kasih singgah di halaman
Memang tiada pelawaan
Namun dirasai di dalam ingatan



Semalam ada jejak~jejak sayang yang terlukis di awanan
Memang aku tersenyum memandang
Namun kusedar itu hanyalah sekadar lamunan



Rindu..Sepi..Kasih..Sayang 
Lukisan Alam Yang Mewarnai Kehidupan



Selasa, 21 November 2017




































Wahai kaum Hawa
katanya kita hanya
para pendosa yang
terbanyak di neraka



Lantas walau tak setabah
para mujahidah
namun tabahlah pada
ketetapan Allah


Walau tak semulia para
wanita sirah
tapi muliakan diri dengan
agama yang memelihara


Walau tak sesabar para
wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada
nafsu dunia yang menyeksa







Khamis, 16 November 2017

Kata bintang : 
Aku malu pada bulan. 
Bila mentari hilang, 
dia muncul beri sinaran.



Kata bulan : 
Aku malu pada bintang-bintang. 
Walau terlalu jauh tetap bersinar, 
beri panduan orang yang sesat di lautan.



Kata manusia : 
Aku malu pada PENCIPTA BULAN dan BINTANG. 
Walau seberapa banyak cahaya DIA berikan, 
aku tetap sesat hilang arah tujuan.



Muslimah sejati bagaikan bunga
harum di taman mekar di jambangan
Muslimah sejati bagaikan serikandi
yang menjadi keagungan cinta sang suami


Menjadi benteng lambang ketabahan
Meruntuh ego kemungkaran
Lantas dihirup kesegaran iman
Yang menjadi damba setiap insan





Jumaat, 3 November 2017


Sehelai kertas dan tisu
lembut ditangan terasa
satu persatu kusua
namun sang bayu menerbangkannya
kukejar dan berjaya kugenggam semula


Kertas dan tisu 
Pada kertas terluah segala biar ia hanya membisu
Pada tisu pula segala diadu kerana ia lembut memahami hatiku


Kertas dan tisu
Kalian berbeza namun sering bersatu
Punyai kelebihan dan kekurangan yang menyempurnakan kemahuanku
Terima kasih wahai kertas dan tisu.






Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas itu dari hati
Yang tulus pula dari sanubari


Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian
Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada
Kerana walaupun tergenggam ia kan bisa terlepas jua


Selalu ingat pada pepatah :
“Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, 
maka sukailah apa yang kamu miliki"


~Wallahuallam~