Rabu, 31 Disember 2014

Memang terbaik buku ni.

DIAGNOSIS




Doktor segala doktor adalah Tuhan, Allah Azzawajalla



Kalau mahu jadi doktor sebab mahu:

1) Kaya
2) Bergaya
3) Glamour
4) Rasa Superior

Lupakan serta merta. Kuburkanlah cita~cita!


Jangan jadi DOKTOR KETAM
mengajar pesakit berjalan lurus
sedangkan dia jalan ke tepi

Ralit melayan 142 muka surat.
Sangat berbaloi.

Selasa, 30 Disember 2014


Sejuk !

Aircond Allah Taala memang tiada tandingan.


Masih dalam suasana hujan
Titisnya memberi kedinginan
Renyainya suatu kemerduan
Namun kelebatannya memberi 1001 ujian
QZ 8501,
terhempas!

Jasad akan dibawa ke Pangkalan Bun




Takziah kepada ahli keluarga
dan waris mangsa.

BANJIR DI MANA~MANA




HUJAN
Kau boleh jadi romantis
Terkadang kau jadi rakus

HUJAN
Kau buat manusia terasa sadis
Jangan dilupakan Yang Maha Kudus




Selasa, 23 Disember 2014

Hujung minggu aritu punya citer.
Ada kawan cari DAUN BIDARA untuk tujuan perubatan secara Islam katanya.

Inilah rupa DAUN BIDARA tersebut.




Nak juga tahu tentangnya.
Rupanya pokok bidara ditanam secara komersial di negara China.
Di negara kita, pokok ini banyak yang tumbuh meliar.
Ia biasanya digunakan untuk memandikan jenazah dan melembutkan anggotanya.
Selain itu turut digunakan untuk tujuan perubatan secara Islam iaitu untuk merawat gangguan sihir dan mengeluarkan racun dari badan.

Wallahuallam~

Sabtu, 20 Disember 2014

Piala AFF Suzuki 2014
Stadium Nasional Bukit Jalil
20 Disember 2014

Malaysia bertemu Thailand

Bangun!
Bangun!
Bangun HARIMAU bangun!
















Mendoakan yang terbaik buat HARIMAU MALAYA, aamiin~





Jumaat, 19 Disember 2014

Mengisi masa lapang boleh...

Menjadi sumber pendapatan pun boleh...


AKTIVITI KAIT~MENGAIT




V
V
V


Mahu hasilkan sebegini...







Takpe tak sama... seiras pun jadi lar... heee hee



Galeri Art Alive 3D terletak di Dataran Segar, Lukut, Port Dickson.
(Berhampiran Giant Hypermarket Lukut)


Mula beroperasi mulai 9 November 2014.
Mengandungi 51 buah gambar.
Sudah berjaya menarik seramai 6,000 orang pengunjung.


Jom, tengok... ianya seperti di lokasi sebenar...





Tiket berharga :

RM15 - Dewasa
RM10 - Kanak kanak

Pastikan anda tidak memakai kasut yang bertumit.